Arwh Dijemput Ilahi Semasa Sedang Berpuasa Dan Dalam Perjalanan Ke Masjid. Jenzahnya Disolati Ribuan Manusia Termasuk Dari Masyaikh-Masyaikh Al-Azhar. Pemergianya Amat Dicembvrui


Arwh Dijemput Ilahi Semasa Sedang Berpuasa Dan Dalam Perjalanan Ke Masjid. Jenzahnya Disolati Ribuan Manusia Termasuk Dari Masyaikh-Masyaikh Al-Azhar. Pemergianya Amat Dicembvrui

Nama beliau Fatihatun Nahdliyah, berasal dari Indonesia dan merupakan mahasiswi tahun 3 Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar. Seorang yang berperwatakan cukup sederhana dan biasa. Rajin membantu sahabat-sahabat dikala susah, kurang terkenal dan sedikit pendiam.

Seperti dikhabarkan dari Sahabat Indonesia beberapa ketika lalu :

Seperti hari-hari biasa. Setiap petangnya, beliau selalu pergi ke Masjid Al-Asyraf dan ifthor (berbuka puasa) di sana, kerana beliau ingin menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan terawih, majlis ilmu dan juga Qiyamullail bersama dengan Syeikh Yusri Hafizahullah.

Masjid yang cukup terkenal di kalangan para penuntut ilmu kerana sering diadakan majlis-majlis ilmu pada setiap petang dan malamnya ditambah lagi pada bulan Ramadhan yang padat dengan pelbagai majlis.

Namun Allah lebih menyayanginya. Pada petang hari Rabu, sewaktu beliau dalam perjalanan hendak pergi ke Masjid Al-Asyraf, beliau telah dil@nggar oleh sebuah trak besar lantas men1nggal dunia ditempat kejadian.

Benar janji Allah, bagi mereka yang punya hati yang ikhlas dalam beribadah dan menuntut ilmu, bila tiba kemat1annya, allah akan memuliakannya.

Dan hari ini menjadi saksi, sungguh ramai yang mendoakanmu, hatta dari orang-orang Mesir sendiri, jenzahmu juga disolatkan oleh ribuan orang setelah selesai solat jumaat tadi dari orang-orang soleh dari segenap penjuru dunia di kalangan penuntut ilmu.

Jenazhmu juga disolatkan di Masjid Al-Azhar dan diimamkan oleh kibar Ulama dari masyaikh-masyaikh Al-Azhar. Sungguh bertuahnya engkau dan sungguh aku mencembu ruinya.

Nyaw@mu dijemput Illahi pada bulan yang Mulia, meninggal dunia pada malam ke 11 Ramadhan yang mana masuk fasa kedua di bulan ramadhan iaitu fasa pengampunan, sepertimana hadis Nabi Saw : “Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya itqum minan nar (Pembebasan dari Api Nerak@)”

Engkau juga dijemput Illahi dalam keadaan dirimu sedang berpuasa, dalam keadaan langkah kakimu ingin pergi ke tempat yang mulia iaitu Masjid, dalam keadaan niat ikhlasmu untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan.

Dalam keadaan dirimu sebagai seorang penuntut ilmu dan dikira sebagai seorang yang berj1had sehingga pulang ke kampung asalmu. AllahuAkhbar, Insya Allah kemat1anmu Khusnul Khotimah dan Syurga Sebagai pengganti.

Moga-moga jadi iktibar kepada kita yang masih hidup, beramal lah dalam keadaan niat hati yang ikhlas, walau sekecil-sekecil amalan, namun jika disertai dengan hati yang ikhlas Lillahi Taala, ganjarannya lebih besar dibanding dengan amalan yang besar tapi tidak disertai dengan hati yang ikhlas.

Siapa tahu, dengan amalan yang kecil itu menjadi asbab kita masuk ke syurga disebabkan Allah redha kepada kita. Seperti kisah lmam Al-Ghazali, sewaktu beliau menulis kitab, datang seekor lalat yang nampak kehausan, lalu meminum tinta lmam Al-Ghazali, melihat hal itu, lmam Al-Ghazali sengaja membiarkan lalat itu meminumnya sehingga selesai.

Setelah kewaf@tan Imam Al-Ghazali, telah bermimpi sahabat karib dari Imam Al-Ghazali yang juga merupakan seorang ulama. Maka dalam mimpi tersebut, kawan karib itu bertanya. Wahai Imam. Bagaimana keadaanmu sekarang? Jawab Imam Al-Ghazali, Allah telah menempatkan aku di tempat yang paling tinggi, maka kawan karib itu bertanya, adakah disebabkan kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang engkau tulis??

Maka jawab Imam Al-Ghazali, tidak!! Allah menempatkan aku di tempat yang paling tinggi disebabkan aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan.. AllahuRabbi..

Ulama juga berkata : Hati yang ikhlas ini, umpama seekor semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dan di malam gelap gelita. Kita sendiri pun tidak tahu, adakah kita beramal selama ini disebabkan Manusia? Adakah kita beramal selama ini disebabkan perintah Allah semata-mata? atau kita beramal kerana ikhlas Lillahi Taala? Perbetulkan niat semula.

Kemat1an yang menghidupkan. Semoga menjadi ikhtibar buat kita semua. Selamat jalan Saudari, sungguh ramai yang mencem burui akan akhir dari kehidupanmu. Yang pasti gelar ‘Syah1dah’ itu sungguh layak bagi dirimu sesuai dengan keikhlasan hatimu.

كفى بالموت واعظا
Cukuplah kemat1an sebagai pemberi nasihat.

Sekian.

Muhammad Amiruddin
13 Ramadhan 1440 Hijrah
Cairo, Egypt.

Sumber: Muhammad Amiruddin