Meninggal selepas lahirkan anak, siti sarah layak beroleh syahid akhirat


Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, akibat COVID-19 sebagai syahid akhirat.

Asyraf menjelaskan, selain virus COVID-19, faktor Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak, membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Asyraf mengajak umat Islam sama-sama berdoa agar Allahyarham Siti Sarah beroleh syahid akhirat. Foto IG Imam Muda Asyraf

Memahami emosi mereka yang kehilangan insan tersayang, Dr Mohd Fadzilah berharap suami penyanyi itu, Shuib Sepahtu dan ahli keluarga tabah serta sentiasa berdoa agar diberi kekuatan menghadapi dugaan itu.

"Saya faham ramai yang akan terkesan terutama suami, anak-anak dan ahli keluarga lain. Pesan saya, bacalah doa berkaitan ketika diri ditimpa musibah dan kena reda dengan apa yang berlaku.

"Kita tahu, arwah sangat disayangi bukan sahaja dalam kalangan keluarga, malah orang di sekelilingnya.

"Namun, kita harus ingat, Allah juga amat menyayanginya. Maka, Allah ambil arwah ketika sedang sakit sekali gus dosanya terampun," katanya.

Malam tadi, Dr Mohd Fadzilah turut menyampaikan tazkirah pada majlis bacaan Yassin dan doa selamat secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah.

Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan Shuibu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar pada jam 5 petang, Jumaat lalu.