Wajib pakai ‘mask’ di tempat awam bersesak mulai 1 Ogos
Pemakaian pelitup muka di tempat awam yang bersesak termasuk dalam pengangkutan awam adalah diwajibkan mulai 1 Ogos ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas melakukan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
“Mulai 1 Ogos, pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat awam yang bersesak-sesak adalah diwajibkan.
“Orang ramai boleh menggunakan pelitup muka buatan sendiri (dijahit sendiri) tetapi mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh…
“…Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ” katanya pada sidang media hari ini.
Tonton minit ke 18:00
Sumber : Bernama TV , Buletin TV3