Individu Pakai Gelang COVlD-19 Selamba Masuk Kedai Makan. Ini Kata-Kata Padu Dr Noor Hisham
Jika semalam kecoh seorang wanita makan di sebuah medan selera sambil memakai gelang pengesanan kuarantin COVlD-19 tersebar di media sosial. hari ini kecoh pula seorang lelaki yang turut di bawah kuarantin makan di sebuah premis di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Difahamkan, polis sedang mengesan lelaki memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang di bawah kuarantin COVlD-19 itu ketika ini.
Sumber berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.
” Polis akan menyemak gambar yang tular di media sosial berkenaan.
” Polis juga ingin menasihatkan kepada masyarakat supaya menyalurkan terus maklumat kepada polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Respon Dr. Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan 63 individu yang ingkar arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu itu akan dikesan dengan menggunakan kepakaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
” Setakat ini kita masih ada 63 individu yang belum dikesan. Apa KKM laksanakan adalah bekerjasama dengan pihak PDRM.
” Mereka akan dikesan dengan menggunakan kepakaran polis,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVlD-19, di Putrajaya, hari ini.
Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya boleh menimbangkan cadangan kemungkinan menggunakan ‘wristband’ atau gelang kuarantin COVlD-19 yang boleh mengesan lokasi pemakainya seperti di Hong Kong.
Namun, beliau berkata, cadangan penggunaan alat itu perlu diteliti termasuk kos yang perlu dibelanjakan.
” Kita boleh pertimbangkan tetapi ada kos yang perlu diteliti. Sekarang kita guna MySejahtera. Aplikasi ini juga dapat memberikan kita maklumat.
” Kita dapati ramai juga yang walaupun sepatutnya berada di rumah tetapi tiada di rumah. Contohnya satu kes di Johor.
” Polis datang ke rumah untuk memastikan individu yang dikuarantin itu ada di rumah tetapi sebaliknya individu itu tiada di rumah.
” Jadi polis tangkap dan akan kita dakwa ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Beliau juga mengulas mengenai Individu Di Bawah Pengawasan (PUS) yang gagal mematuhi arahan HSO seperti kes wanita di Perak yang memakai ‘wristband’ namun didapati makan di luar.
” Kes ini memang betul. Dia pakai ‘wristband’ tetapi apabila keluar di tempat awam dia dikesan oleh orang ramai yang ambil gambar dan hantar kepada kita.
” Kita jalankan penyiasatan untuk mengesan individu berkenaan yang melanggar peraturan kuarantin di rumah.
” Individu dikuarantin yang datang ke klinik kesihatan untuk tamatkan tempoh pemantauan 14 hari, kalau ‘wristband’ tak dipakai akan didenda.
” Itu tindakan kita. Tetapi untuk menyelesaikan masalah ini jadi kita mewajibkan sekarang kuarantin ini di pusat kuarantin,” katanya.