Caprice dedah ada benda pelik berlaku kepada dia malam tadi


Penyanyi rap Caprice terus mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi sekeping foto ‘iblis’ menerusi akaun Instagramnya pada Isnin.

Dalam hantaran terbabit, Caprice seakan-akan memberi bayangan tentang kepura-puraan, takdir dan pendedahan besar-besaran.

“Bersiap sedia untuk kebenaran Malaysia. Siapkan diri anda, ia akan datang.

“Ib.lis akan memperdaya, menipu dan berpura-pura tetapi Allah sebaik-baik perancang. Waktunya semakin hampir,” tulis Caprice.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud sebenar Caprice merujuk kepada hantaran yang telah ditutup ruangan komen itu.

Caprice yang baru meraikan ulangtahun ke-33 pada Ahad masih berada di Mesir bersendirian demi melunaskan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Terdahulu media sosial kecoh apabila Caprice, dermawan tersohor Ustaz Ebit Lew dan Nadir Al-Nuri masing-masing berbalas kenyataan berhubung isu misi kemanusiaan di Palestin.

Tak Kenal Tapi Tahu Semua?



Siapa yang jumpa Caprice di hotel? Semua menjadi teka teki netizen.

Caprice turut muat naik 1 video terbaru menceritakan apa rancangan dia dan apa yang terjadi pada dia malam semalam.

https://www.instagram.com/tv/CRyN3dHBp9e/?utm_source=ig_embed&ig_rid=7406b8d7-92cb-4482-b2f5-644aed9e6afb

Caprice rasa sunyi sambut hari jadi seorang diri

Penyanyi rap, Caprice terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri hari ini tanpa keluarga atau teman rapat di Mesir.

Caprice atau Ariz Ramli meninggalkan Malaysia kira-kira 32 hari bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di Palestin.

“Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidup saya. Ini juga kali pertama kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.

“Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini tapi rasa begitu dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya di sini hari ini.

Caprice yang dilahirkan pada 25 Julai 1988 mencetuskan kontroversi sejak 16 Julai lalu berhubung cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah, Ebit Lew, ketika berada di Palestin.

Mengulas lanjut, Caprice turut memanjat kesyukuran dengan apa yang terjadi.

“Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda,” katanya.

Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin dan sehingga kini dia belum dibenarkan masuk ke wilayah bergolak itu.

Caprice tidak pasti bila akan pulang ke tanah air selepas mengumumkan keputusan untuk terus berada di sana dan meneruskan misi seorang diri pada 20 Julai lalu.

Nama Caprice terus hangat menjadi bualan ramai selepas Ebit melakukan sidang media bagi menjelaskan pelbagai tuduhan pada Khamis lalu.

Sumber : GEMPAK / Malaysia Gazette/ http://www.awatttsyeikhh.com/ IG Caprice