Neelofa nak lancar aplikasi Islamik, netizen harap jadi pengganti Muslim Pro


Kecoh di media sosial sejak semalam apabila data pengguna aplikasi Muslim Pro yang banyak digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia dilaporkan dijual kepada Amerika Syarikat.

Hal ini bukan hanya menyebabkan kemarahan masyarakat Islam bahkan turut mengundang pelbagai sepekulasi yang tidak pasti kesahihannya.

Ramai yang mengambil keputusan dengan memadam aplikasi tersebut dari telefon bimbit masing-masing kerana bimbang data mereka diketahui negara barat tersebut.

Nak lancar aplikasi

Jadi, bagi membantu masyarakat Islam khususnya rakyat Malaysia apabila ketiadaan aplikasi sebegitu, selebriti popular Neelofa sedang merencana untuk melancarkan yang diberi nama TheNoor.

Ramai yang suarakan harapan

Aplikasi berkenaan sudah mempunyai Instagram tersendiri dan membuat beberapa posting. Dalam gambar-gambar yang dimuat naik, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyuarakan harapan mereka terhadap aplikasi ini.

Tak sabarnya!

Harap boleh ganti Muslim Pro

Kalau boleh untuk Ios dan Android

Sumber: Neelofa, thenoor.app