Cadangan Pengeluaran KWSP Secara Berperingkat Dicadangkan. Ini Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan Untuk Selama 5 Bulan
Pemuda Umno Johor menyarankan pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat dengan maksimvm 2,000 sebulan selama lima bulan.
Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata. syarat pengeluaran itu perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada gol0ngan benar-benar terjejas dan memerlukan sahaja.
PENGELUARAN KWSP DIBUAT SECARA BULANAN DAN BUKAN SEKALI AMBIL
“Pengeluaran bukan dibuat secara sepenuhnya atau lump-sum, tetapi dibayar secara bulanan, misalnya 2,000 maksimum setiap bulan untuk jangka masa lima bulan.’
“Menerusi cara itu, duit itu dapat dibelanjakan rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangkan beban rakyat kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan C0vid 19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
ANTARA KOMEN NETIZEN TENTANG CADANGAN ITU
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP untuk digunakan rakyat yang berdepan wbak C0vid 19 berikutan pencarum akan berhadapan masalah lebih besar di masa hadapan.
Sumber : HMETRO ONLINE