TERKINI: UMNO Pertimbang T4rik Diri Dari Menyokong Perikatan Nasional – Ahmad Maslan


Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata parti itu membuat pertimbangan untuk men4rik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya lagi, parti turut akan mengemukakan syarat baru kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara bertulis dalam masa terdekat.

Selain itu, kenyataan media tersebut turut menyebut UMNO juga mencadangkan agar pendaftaran Muafakat Nasional (MN) sebagai gabungan politik yang sah disegerakan.

Perikatan Nasional tetap kerajaan yang sah walaupun majoriti kecil · MYKMU.NET

Keputusan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO di PWTC pada hari ini.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menghadap Agong pada Khamis ini, lapor BERNAMA memetik kenyataan beliau.

 

Sumber: Ahmad Maslan, Siakap Keli