Rakyat Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Ketika Aidiladha. Tapi Ini Syarat Syarat Yang Semua Wajib Tahu
Kelmarin apabila Ismail Sabri umumkan sekiranya kes meningkat ke 3 angka, maka ada kemungkinan PKP akan dilaksanakan.
Namun ramai yang salah faham dengan menyangkakan PKP termasuk larangan rentas negeri akan dilaksanakan menjelang Hari Raya Aidiladha nanti.
Bagaimanapun kerajaan mengumumkan berita baik sebentar tadi apabila memutuskan tiada halangan rentas negeri menjelang Aidiladha ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
” Di media sosial, macam-macam diperkatakan mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung (menjelang Aidiladha).
” Kita jaga kita, kita kena pastikan. kita patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan Keputusan kita tidak ada rentas negeri atau daerah. Tidak ada, mereka bebas untuk balik
” Walaupun kerajaan benarkan balik kampung tapi kita kena jaga SOP..kita jaga kita, kena pastikan semua patuhi SOP.
” Macam saya sebutkan boleh sembelih lembu untuk korban kita benarkan, tetapi perlu patuh SOP.
” Penjarakan sosial sewaktu ibadah korban itu, cuci tangan sanitizer, memakai penutup muka dan sebagainya perlu dilakukan.
” Ramai yang melahirkan kebimbangan, ramai juga yang menzahirkan sokongan. Tapi kesannya amat besar kepada pergerakan kita semua.
” Jadi yang boleh memastikan PKP tidak dilaksanakan semula adalah kita semua. Kita yang boleh menentukan.
” Kalau kita terus leka, terus tidak patuh dan melanggar SOP, kes semakin meningkat dan akhirnya perkara-perkara yang tidak kita mahu akan berlaku, PKP akan diperkenalkan.
” Jadi tepuk dada tanya selera,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.
Ramai warganet sebenarnya setuju jika larangan rentas negeri dilaksanakan
Terdahulu, lebih separuh pelayar maya di media sosial Harian Metro (HM) bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan larangan rentas negeri pada perayaan Aidiladha ini.
Ia berdasarkan tinjauan pendapat dalam talian menerusi Facebook dan Twitter HM setakat 11 pagi ini.
Undian selama 14 jam itu menarik undian 85,100 pengikut akaun Facebook HM, dengan 57 peratus atau 48,507 menyokong cadangan larangan rentas negeri dilaksanakan semula.
Selain itu, undian sama menerusi Twitter HM pula disertai 6,110 pengikut, dengan 52 peratus atau 3,177 bersetuju.
Pemilik akaun FB menggunakan nama Sue Malaha Abdullah berkata, wajar untuk kebaikan semua pihak selagi pandemik Covid-19 ini tidak hilang selagi itu semua patut ikut normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP).
” Saya ni dah berapa lama tak jumpa mak dan bapak nun jauh di Sarawak. Hati ini kuat betul nak balik tapi memikirkan risiko itu sangat-sangat besar mampu VC (panggilan video). Insya-Allah, Allah jaga mereka,” katanya.
Namun, ada pelayar maya yang tidak bersetuju sekiranya larangan rentas negeri dilaksanakan semula kerana ramai yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman.
” Suami saya seorang frontliner yang baru diluluskan cuti untuk raya Aidiladha. Bagi peluang pada kami untuk balik kampung. Anak-anak pun baru keluar rumah untuk pergi sekolah selepas tiga bulan duduk di rumah,” kata Noorizma Hani Ahmad Zizi.
ASIA KINI